Strawberries & Cream+

Ahad, Mei 11, 2008


Alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana diberi keizinan untuk aku meng'update'kan lagi blog kesayangan aku.Sedar tak sedar rupanya hari ini adalah sambutan hari ibu di seluruh dunia.Aku pun tak terlepas untuk meraikan bersama emak dan ummi kesayangan aku.

Mak,terima kasih kerana bersusah payah melahirkan dan membesarkan along adik beradik,walaupun tempoh untuk kita bersama tak lama(mak dan ayah aku berpisah sejak aku berusia10 tahun).Walaupun mak tak besarkan along tapi along tahu sebagai seorang ibu,mak nak yang terbaik untuk along dan adik2.Sebab tu mak serahkan kami ni pada ayah.Alhamdulillah ayah menunaikan tanggungjawabnya kepada kami dengan baik.Walaupun setahun selepas tu ayah kawin lain,ternyata kehadiran ummi dalam hidup kami bertambah bermakna.Sebagai seorang anak,along nak mak tahu,mak sentiasa berada dihati kami adik beradik walau mak jauh dimata kami.

Untuk ummi,terima kasih kerana mengorbankan usia muda ummi untuk mengahwini ayah dan membesarkan along adik beradik seawal usia ummi 25 tahun.Along ingat lagi,ummi kawin dengan ayah selepas ummi habis belajar di Universiti Malaya.Kalau along berada ditempat ummi,mungkin alaong tak akan berkorban hingga ketahap ini.Mengahwini seorang duda beranak 4 dan sanggup hidup susah waktu itu semata-mata untuk membesarkan kami.Walaupun ummi hanya ibu tiri,tapi dihati kami ummi adalah seorang ibu yang tersangat istimewa.Dan ummi sentiasa dihati kami.




strawberryapple
Strawberries Rocks.
3:19:00 PTG

Sabtu, April 05, 2008


Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Friends & Friendship

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Friends & Friendship
Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya?


Friends & Friendship

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana
dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan
menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan
harapan?

Friends & Friendship

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

Friends & Friendship

Renungilah...

strawberryapple
Strawberries Rocks.
9:33:00 PG

Rabu, Mac 05, 2008


MySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace Layouts


1.Ketika aku dapat menguasai diriku dan keluar dari keraguan sama ada aku boleh atau tidak.hari itu benar2 sangat indah dan mengesankan.

2.Ketika aku ragu antara amalan yg mendapat pujian orang dan amalan yg langsung tidak dapat sebarang pujian,bahkan tidak diketaui orang lain.Lalu aku lupakan pujian itu dan aku memilih amalan yg tidak diketahui orang lain.

3.Ketika aku mempunyai banyak wang,sedang hatiku tidak merasa kedamaian,kemudian aku memilih tidak mempunyai apa-apa daripada hati yang resah berterusan.

4.Hari yang paling indah dan mengesankan ialah ketika aku menerima sesuatu yang sedikit tanpa menyedari apa yang telah aku lakukan.Dan jika yang aku terima banyak,puji dan syukur kepada ALLAH.

Redhalah dengan apa yang anda perolehi, terimalah pemberian ALLAH apa adanya.Lupakanlah angan-angan yg tidak sesuai dengan yang anda usahakanlah dan di luar kemampuan.

strawberryapple
Strawberries Rocks.
6:46:00 PTG

Sabtu, Mac 01, 2008



fancygens.com




Cartoon

strawberryapple
Strawberries Rocks.
3:55:00 PTG

Jumaat, Februari 29, 2008


ni gambar-gambar percutian aku dan keluarga di Pulau Langkawi. Aku ambik masa yang lama untuk mengupdatekan blog ni. Ini semua atas bantuan adik kesayangan aku, abang chik. Kerana jasa baik dia ni lah maka terhasillah blog aku yang sangat-sangat comel nie..

Photobucket
kat hotel ni lah aku sekeluarga berkampung selama tiga hari 2 malam. Best tau hotel ni. Aku rekomen kat korang kalau nak pergi Langkawi.

Photobucket
ni lah adik aku yang no 2.adik yang sentiasa menghiburkan hati.dia lah yang banyak dengar cerita2 aku.gambo ni kat depan bilik hotel.sebelum kitorang kuar gi jenjalan.

Photobucket
aku bergambo kat depan hotel tempat kami berkampung.best gile...

Photobucket
ini ayah kesayangan aku dan adik aku, abang chik yang bertanggungjawab menghasilkan blog aku ni..gambar ini diambil ketika berada di Telaga Tujuh.

Photobucket
Sewaktu bersarapan bersama keluarga.

Photobucket
Inilah keluarga bahagiaku.
Photobucket
Bergambar di Dataran Helang.

Photobucket
Bergambar di Pantai Pasir Hitam.

Photobucket
Telaga Tujuh.Keindahan ciptaan ALLAH.


strawberryapple
Strawberries Rocks.
10:44:00 PTG

Khamis, Februari 21, 2008


INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan. Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: " Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu "..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : " Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" ..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz : " inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari". Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.. wallahu'alam. * Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur.

strawberryapple
Strawberries Rocks.
5:21:00 PTG

Selasa, Januari 01, 2008


Hosted image

strawberryapple
Strawberries Rocks.
9:02:00 PG

The strawberry lover*

write about yourself hereee

Other strawberry lovers*
friend
friend
friend
friend
friend
friend
friend
friend

Credits*

Getty Images
Piggyangel

Past*

Januari 2008
Februari 2008
Mac 2008
April 2008
Mei 2008


Yummy!*

<-------Put your tagboard code here-------->