Strawberries & Cream+

Ahad, Mei 11, 2008


Alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana diberi keizinan untuk aku meng'update'kan lagi blog kesayangan aku.Sedar tak sedar rupanya hari ini adalah sambutan hari ibu di seluruh dunia.Aku pun tak terlepas untuk meraikan bersama emak dan ummi kesayangan aku.

Mak,terima kasih kerana bersusah payah melahirkan dan membesarkan along adik beradik,walaupun tempoh untuk kita bersama tak lama(mak dan ayah aku berpisah sejak aku berusia10 tahun).Walaupun mak tak besarkan along tapi along tahu sebagai seorang ibu,mak nak yang terbaik untuk along dan adik2.Sebab tu mak serahkan kami ni pada ayah.Alhamdulillah ayah menunaikan tanggungjawabnya kepada kami dengan baik.Walaupun setahun selepas tu ayah kawin lain,ternyata kehadiran ummi dalam hidup kami bertambah bermakna.Sebagai seorang anak,along nak mak tahu,mak sentiasa berada dihati kami adik beradik walau mak jauh dimata kami.

Untuk ummi,terima kasih kerana mengorbankan usia muda ummi untuk mengahwini ayah dan membesarkan along adik beradik seawal usia ummi 25 tahun.Along ingat lagi,ummi kawin dengan ayah selepas ummi habis belajar di Universiti Malaya.Kalau along berada ditempat ummi,mungkin alaong tak akan berkorban hingga ketahap ini.Mengahwini seorang duda beranak 4 dan sanggup hidup susah waktu itu semata-mata untuk membesarkan kami.Walaupun ummi hanya ibu tiri,tapi dihati kami ummi adalah seorang ibu yang tersangat istimewa.Dan ummi sentiasa dihati kami.




strawberryapple
Strawberries Rocks.
3:19:00 PTG

The strawberry lover*

write about yourself hereee

Other strawberry lovers*
friend
friend
friend
friend
friend
friend
friend
friend

Credits*

Getty Images
Piggyangel

Past*

Januari 2008
Februari 2008
Mac 2008
April 2008
Mei 2008


Yummy!*

<-------Put your tagboard code here-------->